Pages

Tuesday, July 27, 2010

'BRANDING' nama anda seperti 'SUPERHERO'




Satu soalan ' Adakah anda menghargai nama anda sendiri?...kalau yea tahniah saya ucapkan...kalau tidak terpaksalah tanya hati...:-)...

Perasan atau tidak... setiap hari, setiap masa, setiap saat kita membawa 'nama' kita kemana sahaja kita pergi. Samada ke tempat yang elok ataupun sebaliknya. Jika baik tempatnya bermakna kita meletakkan nama kita ditempat yang mulia juga bermakna kita memuliakan diri kita sendiri. Begitu juga sebaliknya kerana nama kita adalah gambaran kepada diri kita sendiri.

Nama juga adalah DOA...!! Jadi berhati-hatilah bila beri nama pada anak nanti. Kebelakangan ini banyak terdapat pemberian nama yang agak keterlaluan terutama pada nama samaran yang sengaja dipilih atau pun diberi kawan-kawan. Panggilan-panggilan ini sebenarnya serba sebanyak memberi kesan pada kelakuan seseorang itu. Contoh gelaran yang diberi ' Si Bingai'...setahun jagung mungkin tak ketara kelakuannye itu...cuba perhatikan 2-3-5 tahun dan seterusnya..akan terserlah 'bingai' nye...:-)..xpercaya boleh kaji tiada masalah...kajilah rakan terdekat anda...hehe..

Ok...sebenarnya disini saya ingin kongsikan sedikit bagaimana kita dapat memotivasikan diri kita ketahap yang sangat luar dari luar biasa..apakah itu..?...

Pernah kan anda tonton filem atau cerita superhero di media...? Terfikir tak kita yang setiap superhero itu mempunyai karekter dan 'super power' nya sendiri. Seperti 'SPIDERMAN' karekternya adalah seorang yang berjiwa 'cool' berbanding 'IRONMAN' yang berjiwa 'happy go lucky' dan kedua-dua superhero ini mempunyai kuasa tersendiri dan keduanya berbeza. Masing-masing gah membawa karekter masing-masing sepanjang hidup mereka(walaupun hanya rekaan)...kemana sahaja mereka pergi mereka menjaga reputasi mereka sebagai superhero yang dah tertulis karekter mereka itu.

Sebenarnya anda boleh meniru cara mereka ini...hehe...bagaimana? Sila bayar dahulu untuk dapatkan tips ini..(hehe main-main aje...)
Pertamanya anda perlu tahu maksud nama anda. Contoh nama saya sendiri HUSAINI bermaksud 'kecantikanku'..jadi saya sudah tahu personaliti utama saya iaitu cantik. Bagi lelaki macam saya kira bermaksud 'Hensemmm' la..hehe..kecantikan bermaksud bukan sahaja luaran tapi dari segenap segi itulah personaliti yang perlu saya jaga dan bawa setiap masa.

Keduanya anda boleh senaraikan seberapa banyak 'superpower' anda sendiri yang anda mahu tambah masukkan dalam karekter anda tadi. Sebagai contoh anda tuliskan karekter 'baik, penyayang, berfikiran luas, orang kaya, positif, sihat, kuat, hidup mewah, prihatin, cool dan sebagainya. Dan karekter-karekter ini anda perlu tulis dan tampalkan ditempat yang anda mudah lihat.Kalau rajin tulis nota kecil yang boleh dibawa kemana sahaja anda pergi. Mengikut kajian tingkahlaku yang berulangkali selama 21 hari akan menjadi 'habit'...:-)..


Tentu anda bertanya apa yang akan berlaku selepas anda melakukan tips ini..


Anda perlu peka keadaan sebelum anda membuat tips ini dan keadaan selepas anda melakukan tips ini untuk merasai keberkesannya pada tahap motivasi anda. Yang menariknya apa yang anda senaraikan akan menjadi karekter serta tingkahlaku anda secara beransur-ansur sampaikan ada menjadi malu untuk buat perkara yang berlawanan dalam karekter anda.Sebagai contoh anda senaraikan anda seorang yang berfikiran luas, apabila anda secara tidak sedar berfikiran sempit, anda akan tiba-tiba merasa malu dan seterusnya berfikiran besar. Ibarat macam spiderman tadi ler..selalu boleh lompat dan melekat di dinding..tiba-tiba satu hari tak boleh...malu tak..malu tak...hehe..

Ini menggambarkan kemana sahaja kita pergi..kita membawa nama kita serta karekter kita ke serata dunia...oleh itu mantapkan karekter kita dan jangan malukan diri sendiri sebab kita adalah kita...tak ada orang lain menggunakan nama kita kecuali kita...kalau ada pun bin dan binti nyer tak sama..

Dalam ilmu numerology pun anda boleh dapatkan karekter anda sendiri. Saya biasa gunakan untuk 'branding' supaya impaknya lebih luar biasa pada sesuatu jenama. Sebagai contoh hasil kiraan nama perniagaan saya adalah angka 4 dan saya memang perlu dapatkan hasil kiraan itu kerana perniagaan saya lebih kepada bidang ilmu. Dan banyak lagi gabungan dalam pemilihan nama menggunakan teknik ini seperti nama syarikat,nama produk dan sebagainya.Untuk anda yang nak belajar boleh sahaja ambil sesi konsultasi one to one selama 2 jam dan sedikit cas fee dikenakan. Macam tuisyen..:-)..dan selepas itu anda boleh kira apa-apa sahaja nama atau perkataan yang anda nak..best bukan...? Cuma perlu booking tarikh sebab masa jadual saya yang sentiasa penuh.(husani_fb@yahoo.com) atau hubungi 012 96 76660.)

Jumpa lagi di lain masa....

HUSAINIabdHALIL




1 comment: