Pages

Sunday, July 18, 2010

Name Card

Salam sejahtera...

Dahulu semasa saya disekolah rendah saya selalu dapat pamplet untuk buat 'namecard' untuk kegunaan peribadi..biasalah untuk pelajar mestilah corak kad agak kartun,kadang-kadang ada gambar artis sebagai background.ermm..untuk bagi awek la masa tu...darjah 6..haha.Tapi siapa sangka harini saya melakukan kerja-kerja design dan percetakan kad tersebut.


'Namecard' ataupun 'Businesscard' boleh dikatakan penting.Terutama bagi ahli perniagaan sememangnya wajib ada 'businesscard'. Tapi tahukah kita kenapa kad perniagaan kita kadang-kadang dipandang tidak endah ataupun lebih malang dibuang terus setelah kita berpaling ke belakang selepas kita memberi kad tersebut kepada pelanggan kita.? Salah satu daripada jawapannya adalah berpunca dari pemikiran pemiliknya sendiri...ermm..jangan melatah apa yang saya katakan ni..cuba fikirkan sebelum anda menempah kad perniagaan, adakah anda berfikiran:

1. Tempah kad yang murah sudah lah..janji bagi...ada tak?
2. Nak tempah kad yang biasa-biasa aje...nanti bukan mereka simpan pun?..(huhu.. sedih
kalau peniaga berfikiran begini..)
3. Saya berniaga kecil kecilan aje..tak perlu bisnes kad yang gempak-gempak.


ermm...sebab-sebab ringkas diatas adalah antara penyebab mengapa kad perniagaan anda ditolak atau dibuang oleh pelanggan anda.Kenapa yea..?..Haa ini jawapan dari perspektif metafizik yang saya fahami..sebenarnya apabila kita berfikiran seperti diatas, aura yang kita keluarkan(aura negatif) akan mengalir kepada kad perniagaan tersebut...ingat, kad perniagaan adalah penganti diri, jika penganti diri pun tiada karisma mana mungkin pelanggan berminat untuk menghubungi kita.

Jika kita selami betul-betul,sebenarnya kad perniagaan yang bernilai sekeping mungkin rm o.30 sahaja sebenarnya mampu memberi kita peluang mendapat keuntungan beribu-ribu ringgit. Oleh itu jangan lah kita terlalu berkira untuk membuat kad perniagaan yang berkualiti,berkarisma dan mampu disimpan pelanggan dalam jangkamasa yang lama.Tidak rugi pun kita 'invest' kepada perniagaan kita kerana ia memberi impak yang kuat pada pemikiran pelanggan kita dari sudut keyakinan,expresi serta tarikan kepada perniagaan kita.

Di dalam konsep GrafikMETAFIZIK kini saya telah melakukan ujikaji serta keberkesanan dalam kad nama yang saya ilhamkan pada tahun lepas. Kad perniagaan ini saya namakan 'Power Bizcard'(http://www.focusbiz.com.my/). Kad perniagaan ini menggunakan konsep menyerap maklumat melalui minda separa sedar. Seperti yang kita tahu minda sedar hanya menyimpan maklumat untuk jangka masa pendek (menggunakan 10% potensi otak) dan minda separa sedar menyimpan maklumat dalam jangkamasa yang panjang (menggunakan 90% potensi otak). Minda separa sedar menerima maklumat melalui gelombang...oleh itu konsep gelombang telah digunakan dalam pembikinan 'design' kad ini selain.

Kebanyakan pelanggan secara puratanya akan menyimpan kad perniagaan ini dan maklumat seperti perkhidmatan anda akan mudah disimpan serta dikeluarkan dari ingatan pelanggan apabila mereka inginkan perkhidmatan itu. Teknik kad ini adalah 'sentuh', 'terasa ingin simpan' dan seterusnya 'berurusniaga' apabila mereka memerlukan.

Tetapi apa yang perlu saya 'highlight' kan disini adalah penggunaan kad perniagaan ini adalah satu kaedah iktiar dan sebagai satu daya tarikan yang pertama pada pelanggan anda. Apabila anda mendapat kepercayaan daripada pelanggan anda untuk berurusniaga, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menjaga servis anda. Jika servis pertama anda tidak bagus,memungkinkan pelanggan tidak akan berurusniaga lagi kerana servis anda dan bukannya kerana kad perniagaan ini.

Untuk menempah kad ini anda boleh menghubungi saya terus (012.96 76 66 0) atau email saya di husaini_fb@yahoo.com....

Jumpa lagi..

HusainiAbdHalil

No comments:

Post a Comment