Pages

Monday, July 12, 2010

Penciptaan Logo

Salam Semua...

Agar anda semua sihat hendaknya..saya mohon maaf atas 'drag blog kosong' terlalu lama atas kesibukan perniagaan 'branding' yang menjadi hobi saya sekarang ini....emm..maybe disini boleh saya kongsikan sedikit tentang 'branding' cuma bezanya dari 'brand designer' yang lain saya menggunakan pendekatan metafizik
dalam setiap penjenamaan saya...

Untuk kali ni saya cerita sikit tentang penciptaan logo...

Perspektif segelintir masyarakat di Malaysia khususnya masih melihat logo adalah sesuatu yang kurang penting berbanding masyarakat di negara luar yang amat mementingkan logo sebagai satu 'direction' mahu dalam perniagaan,persatuan dan sebagainya. Ini kerana logo memainkan peranan yang penting dalam MINDA yang seakan memberi satu tenaga kepada organisasi dibawahnya serta dapat mempengaruhi orang di luar organisasinya.

Untuk mencipta logo sebenarnya agak rumit sedikit berbanding melakukan kerja2 grafik yang lain.Disebabkan mencipta logo agak rumit..tidak hairanlah mengapa harga untuk mencipta logo agak mahal .Apa yang susahnya nak bina logo ni...? Apa sebabnya.....?? Sebabnya adalah penciptaan logo memerlukan fakta 'direction' daripada client...fakta direction yang saya maksudkan disini adalah halatuju ,jenis dan konsep perniagaan/persatuan dan sebagainya...selain itu apakah 'type' atau jenis logo yang client mahukan..adakah jenis 'wording logo','symbol logo' atau gabungan kedua-duanya sekali.

Selepas anda mendapat segala maklumat barulah anda boleh melakar secara kasar mengikut 'direction' tadi...ada beberapa bentuk asas boleh dijadikan panduan :

Bentuk Bulat
Biasanya digunakan untuk logo seperti persatuan. Minda manusia biasanya mengaitkan bentuk bulat sebagai satu tumpuan/fokus.

Bentuk Segitiga/Piramid
Melambangkan kekukuhan..!

Bentuk Segiempat
Lebih kepada fleksibeliti....

Bentuk Perisai
Lebih kepada simbol perlindungan.

Etc....

Kajian kes tentang bentuk!!
Seorang kawan saya membina bentuk logo perniagaannya yang hanya kelihatan menarik tanpa memikirkan impak bentuk pada logo..dalam logonya tu ada 2 anak panah secara berlawanan seperti arah kekiri dan kekanan dan ditengahnya seperti 'stop'....ofis hanya bertahan 3 bulan sahaja dan semua projek juga 'stopped'...emmm..agaknya saya rasa anda pun tahu kenapa sebabnya secara kasar kan,..?logo merupakan 'direction' dan kini 'direction' itu seperti tersekat dalam MINDA pengendali bisnes.Kajian lain ada juga saya dapati seperti bentuk graf menurun ...akhirnya bisnes juga menurun...emmrmm....ada juga bentuk yang tak selari digunakan untuk menghasilkan logo seperti jenis perniagaan adalah perniagaan berunsur api tetapi gambaran simbol adalah air....huhu..agak menyedihkan kepada pemiliknya...orang akan confius apakah perniagaan yang dijalankan...

Warna
Warna amat penting impaknya pada pemilik juga pada client sekitarnya. Biasanya saya menggunakan warna yang membantu perniagaan atau persatuan tersebut. Untuk mendapatkan warna yang agak tepat dan bersesuaian (80% ketepatannya warna sokongannya) memerlukan kaedah kiraan tertentu menggunakan kaedah metafizik. Kaedah ini memerlukan fakta makluamt dikaji dan diterjemahkan barulah pemilihan warna dapat dibuat. Untuk mempelajari kaedah ini bolehlah berjumpa terus dengan saya dan semestinya sedikit cas konsultansi dikenakan..biasanya memerlukan masa dalam 2 jam untuk konsultansi pemahaman.(Hubungi 012 96 76 66 0-Husaini)

Selain itu warna panas dan warna sejuk juga tidak digalakkan digunakan seiring bagi logo....Cuba anda lihat Air Asia (warna panas iaitu merah) berbanding syarikat pernerbangan lain (gabungan warna panas dan sejuk)...manakah anda lihat lebih menonjol ?!!!...Selain menonjol,sebenarnya ia memainkan peranan yang sangat efektif dalam gerakkerja organisasi tersebut ke tahap yang bagus. Logo-logo lain yang dikatakan kuat adalah seperti shell,McD dan banyak lagi yang menggunakan warna kumpulan yang sama.

Jumpa lagi di lain masa...

Husaini abd Halil
web:
http://www.focusbiz.com.my/
email:husaini_fb@yahoo.com
hp:012 96 76 66 0
(GrafikMetafizik Classes, Reiki Workshop,Pencil Potrait Workshop, Printing Business Workshop, Metaphysic Consultant)

2 comments:

  1. artikel yang baik, encik husai... mungkin saya nak encik bagi pandangan tentang syarikat saya.

    ReplyDelete